Sunday, June 2, 2013

Pemanduan Paling Mencabar di Gunung Jerai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memandu menuju ke Puncak Gunung Jerai merupakan laluan pemanduan yang paling mencabar kemahiran memandu saya. Sebelum tiba di puncak, banyak selekoh patah (tajam) yang perlu dilalui. Saya rasa mendaki lebih sukar dan menuruni.

Bagi yang tak tahan dengan persekitaran pemanduan yang bengkang-bengkok, anda mungkin pening kepala dan berasa cemas bila melalui cerun yang curam.

Kalau anda tak berani memandu sendiri, anda boleh memilih untuk menggunakan van yang disediakan dengan bayaran tertentu.

Dalam perjalanan menuruni Gunung Jerai, ada tiang elektrik dan pokok tumbang. Nasib baik, ada pihak yang telah memotong dan mengalihkan sebahagian pokok yang tumbang.

Saya rasa Gunung Jerai berpotensi untuk berkembang menjadi pusat pelancongan yang lebih berdaya maju. Namun, jalan rayanya perlu diperbesarkan dan lampu jalan perlu dipasang di tempat-tempat tertentu.

16 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Uii mencabar jg ni...sy plan nk ke sini hjg thn nnt..insya allah

ANIM said...

bercuti kat tempat tinggi ya, shaiful. saya pernah menginap di sana 2 tahun lalu. naik sampai ke puncaknya tak? jejaki shitakee, menara azan dan makam tok sheikh ? http://bicaraneem.blogspot.com/2010/06/memori-gunung-jerai.html

krole said...

huh! kena hati2 memandu tmpt gtu bro...nasib baiklah ada yang tolong bersihkan sikit tmpt pokok tumbang tu~~~ kalaula mmandu malam adus..bahaya tu~

Bin Muhammad said...

Merbahaya dan mencabar utk sampai ke puncak ni. Lain kali kena bawa chainsaw! hehe

Kesuma Angsana said...

kena hati2 lebih ni... maaf lambat terjah, busy sgt2 lately ni

Shaiful Zaidi said...

kalu tak berani drive sendiri boleh guna Van sewa, RM 60 ja utk pergi balik (《5orang)

Shaiful Zaidi said...

puncak yg ada pencawang telekomunikasi tu tak pi. Puncak kat resort tu ja..yg lain tu, x sempat nak pi.

Shaiful Zaidi said...

Alhamdulillah. ..nasib baik boleh lalu, kalau x sangkut situ jer, x boleh balik..

Shaiful Zaidi said...

lain kali kena daki melalui Titi Hayun...hehehe

Shaiful Zaidi said...

ya betul...takpa. sama la kita.

❤Kamsiah❤ said...

tak berani bua tingkap..takut monyet melompat masuk hehe

Rashidah Juhari said...

bahaya tu

zakirasli .. said...

Assalamualaikum, saya follow sini :D bahaya jgk jln ni.. siap ada tiang letrik tumbang lg tuh...

Shaiful Zaidi said...

monyet mmg banyak kat sana.

Shaiful Zaidi said...

mmm.....kena hati2.

Shaiful Zaidi said...

salam..Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails