Thursday, June 20, 2013

Bantulah Maahad Tahfiz Al-Barakah yang terbakar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

        Alhamdulillah... Petang semalam, saya berkunjung ke Tikam Batu untuk meninjau keadaan Maahad Tahfiz Al-Barakah (MANTAB)di Kg. Masjid yang terbakar pada awal pagi 15 Jun 2013 yang lalu. Kebakaran tersebut telah menyebabkan seorang pelajar Aiman Nurhakim Yahya, 13,  maut manakala dua lagi iaitu Meor Amirul Meor Mohd Ghazali, 16, dan Mohamad Muaz Halim, 14 cedera ringan. Berita tentang kejadian ini telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan.(Sinar Harian, Utusan online, Harian Metro).

 Saya telah bertemu dengan Ustaz Jasmi, iaitu adik kepada Imam Kariah Kg. Masjid, Ustaz Anuar Md Isa. Beliau menceritakan kepada saya tentang kejadian dan 'keajaiban' yang berlaku di situ. 

Ustaz Jasmi (kanan) bersama rakan. 

Asrama pelajar yang terbakar.



Keadaan di bahagian dalam asrama.
Subhanallah...

"  Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.   " -Sinar Harian online

AJAIB :Almari milik arwah Aiman Nurhakim Yahya yang langsung tidak terbakar walaupun almari besi milik pelajar lain terbakar.

Bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran dan kelas pelajar.

Rentung

Atap-atap zink yang jatuh.

Katil-katil asrama yang terbakar. 

Bantulah mereka untuk mendirikan semula asrama Maahad Tahfiz al-Barakah ini.



Dana amat-amat diperlukan untuk membina semula asrama pelajar yang musnah ini.

15 comments:

Kakzakie said...

Kisah pelajar ini memang diketahui ramai. Moga rohnya amat di sana.

Harapnya pihak 'atas' taklah pejam mata mengharap rakyat membangunkan sendiri.

che mid said...

Subhanallah.. almari tu tak 'terusik' langsung...

Khai♥Rin : anies said...

kebakaran asrama ni mengingatkan sy kejadian kebakaran di sekolah pondok pak ya..(kalau x silap sy) di pokok sena, lbh krg 20 thn yg lalu...

Kesuma Angsana said...

sama2lah kita yer cikgu

ANIM said...

alhamdulillah..kat surau taman saya pun ada buat kutipan. tenaga pengajarnya ada yang tinggal di sini. sungguh..meremang roma saya (takjub dengan kekuasan Allah) bila mendengar cerita Allahyarham. Betapa otak mereka yang menghafal Quran, "dijaga" oleh Allah sedangkan tubuh badan yang lain rentung..Allahu Akbar!!

Hanif Idrus said...

Semoga urusan mereka semua dipermudahkan dan al-fatihah untuk arwah..amin

JunAina said...

Padang Lumat antara kebakaran yang paling menyayat hati. Al-Fatihah buat mereka.

Shaiful Zaidi said...

Amin...

Shaiful Zaidi said...

kuasa Allah.

Shaiful Zaidi said...

maaf silap Anies... Pondok Pak Ya kat Padang Lumat, daerah Yan.

Shaiful Zaidi said...

InsyaAllah

Shaiful Zaidi said...

Banyak fadilat menghafal Al-Quran...di dunia pun Allah dah tunjuk.

Shaiful Zaidi said...

Amin..

Shaiful Zaidi said...

27 syuhada terkorban dlm kebakaran pd tahun 1989 itu.. Al-Fatihah. .

BUNDA a.k.a KN said...

Subhanallah..inilah kekuasaan NYA..Hanya Dia yg lebih mengetahui apa yg tersurat dan tersirat...
Al Fatihah untuk arwah..

Related Posts with Thumbnails