Tuesday, May 21, 2013

Breaking News: Tornado di Oklahoma.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambil minum petang, saya menonton Sky News HD. Terkejut juga menonton berita ni: Setakat ini dianggarkan sekurang-kurangnya 91 orang termasuk 20 orang kanak-kanak terkorban dalam bencana angin puting beliung atau tornado di Oklahoma,  US.

Dahsyatnya kesan tordano yang melanda negara pimpinan Barack Obama ini. Oklahoma bagai padang jarak, padang terkukur.

Walaupun nun jauh di sana, namun rasa simpati terhadap mangsa khususnya kanak-kanak tak dapat dielak.

Alhamdulillah,  negara kita selamat dari bala bencana seperti ini.


Terkini 10.00 mlm: 24 orang disahkan terbunuh termasuk 7 orang kanak-kanak. Ramai lagi masih belum dikesan. (SUMBER)

11 comments:

Ann Ishak said...

tiba2 teringat movie Twister, adegan masa lembu terbang dek tornado

Kamsiah yusoff said...

rasa bersyukur malaysia tak mengalami keadaan spt itu...malah kita juga tak terletak atas lingkaran gunung berapi..

dear anies said...

sy penah terbaca. ada sesetengah bencana boleh dirancang oleh manusia esp pakar2 berbangsa yahudi.tujuan mereka buat mcm tu adalah utk mengurangkan jumlah penduduk bumi. bla penduduk bumi berkurangan maka dgn mudah mereka dpt menguasai penduduk bumi. wallahu 'alam..

btw salam takziah kpd mangsa2 tornado d sn

krole said...

berdoalah kta agar perkara sbgini tak akan sesekali mnimpa negara kita...amin~

ANIM said...

kat sp kerap gak ada ribut. tu pun dah terbang atap rumah. kalau macam ni rupa, naudzubillah..takutnya

THE AUTHOR said...

Syukur malaysia ini bebas bencana alam..

Amin A. R said...

Moga dijauhkan negara kita dengan bencana seumpama ini...

Bunda_nora said...

Alhamdulillah negara kita tak mengalaminya..apapun simpati betul kpd mangsa2..

Mia Liana said...

wahhh... kuatnya.. takziah kepada mereka..

Kniedaz said...

Semoga kita dijauhkan daripada bencana alam yang melampau seperti itu...bencana tetap akan terjadi, yang itu tak dapat nak elak..

Anonymous said...

syukur sgt duduk dan tinggal di bumi malaysia tercinta ni

Related Posts with Thumbnails