Sunday, March 10, 2013

Bapa Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan Wira Negara.


Takziah kepada Mohd Faridzulhelmy bin Abd Azis, pelajar Kolej Matrikulasi Labuan di atas pemergian bapanya, Sarjan Abdul Azis Sakirun setelah bertempur dgn kumpulan bersenjata di Semporna. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Amin. 

Moga Mohd Faridzulhelmy belajar bersungguh-sungguh dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam PSPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.


SEMPORNA 4 Mac - Gurauan Sjn Abd Azis Sarikon yang memanggil isterinya, Siti Banddorah Mahali sebagai "bos" adalah gurauan terakhir antara pasangan itu sebelum anggota polis itu terkorban dalam kejadian serangan hendap di Kampung Simunul, di sini.

"Arwah kata selepas ini saya kena menguruskan keluarga sendiri, sebab itu dia panggil saya bos," kata Siti Banddorah kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya, di sini selepas solat Zohor. Jenazah tiba di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna kira-kira pukul 9.30 pagi.

Abd Azis, 48, yang telah berkhidmat dalam pasukan polis sejak tahun 1990 meninggalkan isteri Siti Banddorah, 39, dan empat cahaya mata Mohd Faridzulhelmy, 18, Nurul Liyana, 15, Nurul Syazwani, 12, dan Mohammad Aiman Hakimi, 7.

Abd Azis dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak malam Sabtu lepas di Kampung Simunul. Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam anggota kumpulan bersenjata itu terbunuh.

Sementara itu, Kompani Komander B Batalion 14 PGA Semporna Asisten Supritendan Ab. Gani Ajirul menyifatkan pemergian anak buahnya itu sebagai satu kehilangan besar bagi pasukan.

Beliau berkata, komitmen serta dedikasi arwah dalam menjalankan tugas pasti dirindui rakan seperjuangan yang turut menyifatkan Abd Azis sebagai insan yang berani.

"Saya bangga mempunyai anak buah seperti ini, komitmen beliau pada tugas amat dipuji," katanya. - BERNAMA


Credit to: Fb Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Lagi berita: http://www.sinarharian.com.my/nasional/balu-allahyarham-sjn-azis-sarikon-rayu-pengganas-henti-bunuh-polis-1.137232

3 comments:

THE AUTHOR said...

Ayahmu wira...

Unknown said...

semoga keluarga mereka tabah dan arwah ditempatkan dlm kalgn org beriman..aminnn

mama aini said...

Al-Fatihah..salam takziah buat ank beliau & semuga keluarga tabah menghadapi ujian dr Allah & selamat berjaya dlm pelajaran..

Related Posts with Thumbnails