Sunday, November 11, 2012

Dua Beradik Bukan Islam Berkhatan di Masjid Negara.

SEBAHAGIAN 200 kanak-kanak yang kelihatan kesejukan selepas dimandikan pada Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang dirai pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara semalam.
Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba.
Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian dikhatan menggunakan teknik "Alisklamp" oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.
Terdahulu, ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung berkata, dia terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program itu kerana menyedari kepentingan berkhatan.
Credit to: Kosmo online

SZ: Cuti sekolah ni memang musim kanak-kanak berkhatan. Alhamdulillah, semakin ramai non-Muslim yang sedar tentang kebaikan berkhatan. 
Zaman saya dahulu, berkhatan secara tradisional. Tok mudim, pisau dan batang pisang....memang tak dapat dilupakan.
Sekarang ni, kebanyakannya berkhatan secara moden. 

2 comments:

mama aini said...

betul ramai non muslim yg mengamalkn berkhatan skrg ni..

Wanzi said...

Semoga bertambah ramai lagi yg dapat terima perkara baik seperti ini....

Related Posts with Thumbnails