Monday, October 1, 2012

Kisah Kayu Hikmat.


Gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar?

Hari ini saya ingin berkongsi kisah yang saya baca dari majalah Solusi isu 27..


"Sesiapa yang didapati mencuri barang-barang dalam istana ini akan ditangkap! Diarahkan semua pengawal yang bertugas pada malam tadi berkumpul!" kata penasihat istana.


Suasana agak tegang. Pada malam sebelumnya, barang - barang berharga didapati hilang dari istana. Penasihat istana mengesyaki salah seorang daripada pengawal istana yang berkawal pada malam itu terlibat. Tetapi siapakah orangnya?


"Pihak istana memberi peluang kepada yang terlibat mengaku salah serta memulangkan semula barang yang dicuri. Jangan lepaskan tawaran ini. Jika tidak, pencuri akan dihukum."


Tiada respons.


"Baiklah, kalau begitu saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa menggunakan kayu hikmat ini," katanya sambil mengeluarkan beberapa batang kayu yang lurus dan sama sahaja panjangnya.


Semua pengawal tersentak. Kayu hikmat? Timbul gerun di hati masing - masing. Apakah itu benar - benar kayu hikmat?


"Setiap orang daripada kamu akan diberikan sebatang kayu hikmat ini. Bawa pulang ke rumah masing - masing. Esok kamu serahkan semula kayu hikmat ini. Kayu yang didapati lebih panjang sejengkal daripada yang lain, itu tandanya dialah pencuri yang kita cari!"


Masing - masing membawa pulang kayu hikmat.

 Si pencuri begitu takut tertangkap dengan petunjuk kayu hikmat itu. Dia mula berfikir mencari helah untuk melepaskan diri.



"Ya, aku akan potong kayu ini sejengkal. Jikalau kayu ini memanjang sejengkal, maka ia akan sama panjang dengan panjang asal!" fikirnya.


Pada keesokkan harinya, semua pengawal menyerahkan kayu hikmat masing - masing. Setelah diperiksa, hanya satu kayu yang berbeza, namun yang mengejutkan bukan lebih sejengkal tetapi lebih pendek sejengkal.


"Kamulah pencurinya!" kata penasihat istana dengan yakin.


"Tetapi tuan... Kayu hikmat itu bukannya semakin panjang, tetapi lebih pendek?"


"Ya. Sebenarnya kayu ini kayu biasa sahaja. Ia tidak boleh memanjang pun. Tetapi kayu kamu lebih pendek kerana kamu memotongnya dengan anggapan jika kayu itu memanjang, maka ukuranya akan sama dengan ukuran asal. Bukankah begitu?"






5 comments:

nur said...

TERIMA KASIH BERKONGSI INI.
JOM JOIN GIVE AWAY SIMPLE!!

Anonymous said...

gd sharing ni

mama aini said...

assalam..beruntung raja punya penasihat istana yg bijak.. & akhirnya tertangkap juga sipencuri dgn helahnya..

ANIM said...

lumrahnya, pencuri memang banyak akal...

Unknown said...

cerita yg boleh menghiburkan hati :)

Related Posts with Thumbnails