Tuesday, September 4, 2012

Tujuh Golongan Yang Akan Dinaungi Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi ini saya ingin berkongsi sepotong hadis untuk renungan bersama...


Nabi Muhammad S.A.W bersabda, yang bermaksud

"Terdapat tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah bawah naungan-Nya yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

  1. Imam yang adil.
  2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah.
  3. Orang yang hatinya berpaut pada masjid.
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, tetapi dia mengatakan :'Sesungguhnya, aku takut kepada Allah.'
  6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
  7. Seseorang yang mengingati Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu air matanya mengalir."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Credit to: Solusi-45

6 comments:

Kasih Salina said...

semoga kita termasuk dalam golongan tersebut dan dilindungi Allah swt..

Shaiful Zaidi said...

@Kasih Salina
insyaAllah..

Anonymous said...

tq berkongsi sesuatu yang baik ye

mama aini said...

assalam..terima kasih atas perkongsian ini..

Unknown said...

harap2 kita berada didlm salah satu golongan tersebut

Unknown said...

amat berharap saya didalam golongan itu....Amin

Related Posts with Thumbnails