Thursday, September 13, 2012

200 CCTV dipasang di tandas sekolah Britain.

Gambar Hiasan


LONDON - Sekurang-kurangnya 47,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekolah-sekolah di Britain dengan 200 lagi dipasang di tandas atau bilik persalinan, dedah satu data semalam.
Secara purata terdapat satu kamera bagi 38 kanak-kanak di sekolah di England, Scotland dan Wales, kata kumpulan pendesak, Big Brother Watch yang mengumpul data dari 2,107 buah sekolah di bawah kebebasan perundangan maklumat.
"Kajian ini menimbulkan tanda tanya tentang kehidupan peribadi kanak-kanak sekolah di seluruh Britain dengan beberapa sekolah mempunyai satu kamera untuk lima murid," kata pengarah kumpulan itu, Nick Pickles. - AFP

3 comments:

THE AUTHOR said...

Apa nak buat..utk kebaikan mereka juga.

Shaiful Zaidi said...

@Hanif Idrus
betul...3x

mama aini said...

kat malaysia juga elok dipasang cctv beginini disemua sekolah ..:)

Related Posts with Thumbnails