Kesesakan lalu-lintas berhampiran kawasan perindustrian Bukit Makmur, Sg. Petani. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Petang Selasa lepas, saya balik lewat sikit dari tempat kerja. Keadaan jalan ketika itu basah coz baru lepas hujan. Apabila melepasi pekan Sg. Lalang, traffic menjadi terlalu perlahan dan kadang-kadang tak bergerak langsung.
Saya ingatkan ada kemalangan kat depan, tapi tak ada. Setelah lebih setengah jam, barulah saya sampai ke Laguna. Masa yang biasa diambil tak sampai 10 minit. Mungkin keadaan jalan yang basah ketika itu, mungkin juga dua traffic light di hadapan tu, dan mungkin juga kerana terlalu banyak kenderaan pada hari tersebut yang menjadi punca.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya terperangkap dalam jam di situ. Namun, syukurlah ada jalan Lencongan Timur dan Barat yang menyelamatkan saya dari kesesakan lalu-lintas di Sg. Petani.
Kat tempat anda macam mana?
6 comments:
Sepatutnya kena Ada Jalan lain..heheheh
altenatifnya...kena guna highway..
Bila pembangunan rancak..jammed ler...hehehhehe.
As-Salam.
Beberapa hari dalam minggu ni mula hari Isnin, Sungai Petani tiap-tiap hari hujan. Syukur kepada Allah, musim panas dan jerubu sudah tidak ada. Saya tidak perasan pula jam di Sungai Petani, jarang keluaq rumah (Sungai Lalang).
nasib baik adajalan lencongan
kat putrajaya jem waktu kemuncak jer.
ujung bulan lepas dkna kursus kat sg petani.
Post a Comment