Sunday, July 29, 2012

Moreh Oh Moreh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan? Hari ini saya terpaksa ambil cuti rehat coz kena jaga anak yang demam. Alhamdulillah, anak saya dah makin pulih. Hari ni bukan nak citer pasai demam, tapi pasal moreh.

    Semalam, saya balik berbuka puasa di kampung dan menunaikan solat tarawih dan witir di Masjid Batu 9, Kota Sarang Semut.  Sedih juga bila teringat kat Tok Imam, PakTeh Hj Mansor. Tahun lepas beliau mengimamkan solat tarawih, tapi Ramadhan kali ini beliau telah tiada.

   Namun, tradisi moreh di kampung saya ini masih diteruskan. Lihatlah foto bagaimana moreh diagihkan pada jamaah setelah habis solat witir. Saya siap dapat dua moreh, satu nasi ayam dan satu lagi bihun goreng. Amalan tradisi ini memang elok diteruskan.

Di Laguna Merbok, moreh macam ni takda, tapi ia digantikan dengan majlis iftar (berbuka puasa) yang diadakan pada setiap hari di Surau Andalusia BLM.






Bagaimana pula ditempat anda? Adakah masih ada moreh?

8 comments:

ANIM said...

masjid taman keladi takde moreh..
de palma hotel ampang ada moreh:D))

the tempo of life said...

rindu plak nak bermoreh. hurmm,

mama aini said...

assalam en.shaiful..tradisi moreh masih diteruskan dikawasan kg..teringat zmn kanak2 mama selalu ikut nenek kemasjid.. :(

khairul said...

mesjid d tempat sy masih lg buat ..tp kurend dah kebelakangan ni.

Shaiful..SQ tu bermaksud Sound Quality ( sound mcm allunan consert ) manakala SPL adalah Sound Pressure Level ( bunyi drp woofer yg besar2 tu )

Kak yon said...

surau tempat akk masih ada moreh..tapi tak pernah cukup.siapa balik dulu angkut sampai 2-3 bungkus sorang.tak hingat orang belakang..

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

masih ada!

macam2 ada, paling laku bubur la, hehe macam2 jenis dah sepanjang 9 ari ni ;)

man said...

tempat sy pun ada..tapi bnyk org tua..org muda kurang..mcm mana hdk buat itu

anuar ab bakar said...

memang patut pun amalan ni diteruskan tp mcm tmpt saya mereka dh bhgkan kawasan utk sediakan moreh ni..so setiap org bawa moreh sendiri..kalo ada 20, maka 20 hidangan lah yg diperolehi...

Related Posts with Thumbnails