Monday, June 4, 2012

Gerhana Bulan Malam Ini.

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Geometri Gerhana Bulan 

InsyAllah, hari  ini kita akan diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. 

Gerhana pada 4 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:48 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat  memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.
Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada  jam 6:00 p.m. dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:04 p.m..  Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:18 p.m..  Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 8:07 p.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 9:18 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
                                                                                              Sumber: Web Planetarium Negara

Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain dapat menyekat qada’ dan qadar Allah SWT.


Firman Allah SWT bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan, tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah.” (Surah Fussilat, ayat 37)

Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. - Riwayat al-Nasai

Oleh itu, jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ia bukan tanda akan timbul kejadian aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa juga kekuatan di dunia ini. 



Setiap perubahan berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah tersendiri. Begitu juga perubahan kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat tertentu antaranya memberi peringatan supaya hamba-Nya tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah.



Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 



Gerhana bulan adalah peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia supaya patuh perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya yang akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala keterlanjuran hamba-Nya. 

Kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan dihimpunkan, ketika itu berlakunya kiamat. 



Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan.” (Surah al-Qiyamah, ayat 7-9)



Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera melakukan perkara berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah, beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara mungkar, maksiat serta perbuatan syirik.


Sumber artikel: Berita harian online

4 comments:

KhaiRin : anies said...

kena wat solat gerhana ni

Kakzakie said...

Kalau kita sedar gerhana kian kerap berlaku. Dulu zaman sahabat baginda rasulullah mereka mengatakan dunia sudah tua dan uzur bagaimana pula zaman kita sekarang nie yg sudah 1400 tahun lebih ditingglkan oleh sahabat-sahabat baginda...

Moga fenomena ini menguatkan keimanan kita.

HeNRieTTa JoSe said...

semalam xsempat....esok insyALLAH....

utk transit venus...

mama aini said...

betul kata kakzakie..kerap berlaku gerhana skrg ni..dunia semakin tua & uzur..hu2x..

Related Posts with Thumbnails