Saturday, May 26, 2012

Cuti-Cuti Malaysia di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuti sekolah telah bermula semalam di Kedah. Hari ni negeri-negeri selain Kedah dan Kelantan pula mula bercuti. Oleh itu, saya cuba memaksimumkan cuti hujung minggu untuk membawa family bercuti. 

Petang Khamis kami bertolak ke Penang dan bermalam di Batu Feringghi. Pagi Jumaat kami naik keretapi Bukit Bendera. Memang seronok menaiki tren baru ni. Lebih laju daripada tren dulu-dulu. 

Cantiknya pemandangan kat atas Bukit Bendera. Anak saya yang pertama kali ke sini, memang nampak seronok.

So.. kalau anda tak tau nak pi jalan mana-mana cuti sekolah ni, may be Bukit Bendera (Penang Hill) boleh anda kunjungi.
Stesen Keretapi Bukit Bendera.

Coach sedang bergerak meninggalkan stesen.

Haifa meninjau Pulau Pinang dengan teleskop.

Pemandangan dari puncak Bkt Bendera.

Antara cenderahati yang dijual.

Inilah Bukit Bendera.
SZ: Cuti saya dah tak sama dengan isteri. Sekolah bercuti, tapi saya akan terima pelajar baru Ahad ni. Selamat mendaftar kepada bakal-bakal pelajar Matrikulasi.

5 comments:

steffany daph said...

enjoy habis la ni kan :D

Kamsiah said...

cuti2 ni mesti 'jem' kat sana ...

man said...

laju kereta kebal dia kan..heheh

khairul said...

last sekali p situ masa dating hehe

mama aini said...

wah bestnya dpt berholiday..ehem betul skrg ni cuti sekolah & cuti semester pun dah tak sama mcm dulu..

Related Posts with Thumbnails