Tuesday, April 24, 2012

Lori Terbalik Dekat Perwaja Steel Gurun.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ketika pulang dari tempat kerja petang tadi, saya terserempak dengan kemalangan berhampiran dengan Kilang Perwaja Steel Gurun. Sebuah lori yang membawa muatan tar telah terbalik dan merentangi jalan. Nasib baik, pemandu lori tersebut telah diselamatkan oleh orang awam yang lalu di situ. Kalau dilihat keadaan lori tu memang mengerikan. Alhamdulillah, pemandunya berjaya dibawa keluar dengan cepat dan dipercayai mengalami sedikit kecederaan. 


Syukur, orang kita masih ramai yang prihatin terhadap orang lain yang ditimpa kemalangan walaupun dari kaum yang berbeza. Tidak seperti video yang tersebar dalam YOUTUBE tentang sikap rakyat di sebuah negara yang tidak prihatin dengan kemalangan yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

6 comments:

Kazman / Sue said...

mujur tak de apa2x...

Kamsiah said...

salam
itu lori tar..kalau lori bawa makanan/minuman...ataupun lori bawak duit syiling...lagi ramai la yg nak menolong...

Hanif Idrus said...

Orang Malaysia tak kira bangsa memang prihatin kalau ada kemalangan..
Ini saya tak sangkalkan...
Ambil kesemptan vote me as blogger of the year

pelangi sepi said...

nasib baik tak kena timbus dengan tar

khairul said...

nasweb baik x terok

mama aini said...

syukur semuanya ok !!..betul,org2 kita masih ada perasaan & saling menolong bila org lain ditimpa musibah..

Related Posts with Thumbnails