Friday, March 2, 2012

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Semoga anda semua ceria pada pagi Jumaat saiyidul ayyam.
Pagi ini saya ingin berkongsi email yang telah masuk ke INBOX saya. Saya pun tidak pasti, sejauhmana kebenarannya.

Berikut ialah petikan email yang diterima.....




Pemuda Melayu Brunei ini lah yang telah membetulkan kesilapan peribahasa Melayu lama di dalam status FB-nya bahawa'Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi' itu salah. Yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'.

Menurut status FB Rashid Rahman, kesilapan ini berlaku apabila terjemahan tulisan Jawi kepada tulisan rumi. FA-GA-RA di dalam tulisan Jawi lama, berbunyi PEGAR dan juga PAGAR. Penterjemah telah tersilap dengan memilih PAGAR. Dan kesilapan ini berlaku sehingga ke hari ini. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini sebelum ini, (mungkin) termasuk juga guru-guru Bahasa Melayu.


Burung Pegar ni digunakan sebagai burung peliharaan yang berperanan seperti burung hantu. Ia akan membunuh tikus dan serangga perosak di sawah padi. Tetapi ketika mengharapkan burung pegar ini untuk memakan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ini turut juga memakan padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuannya untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak kerana dia sendiri adalah binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. 

Burung Pegar (Pheasant
SZ: Sekadar berkongsi untuk percambahan minda.


4 comments:

LIPISLADY said...

Sallam,

Saya tak setuju, sebab pagar tu hanya bidalan, sejak dari dulu kita sebut
" Harapkan pagar, pagar makan padi" bukan pegar. maaf ye..

Kazman / Sue said...

ada logiknya juga.... tapi tak pernah pulak dengar nama burung pegar... haii... jahilnya ilmu ni...

KhaiRin : anies said...

krg pasti ttg hal ni...nnt sy nk check jg la

mama aini said...

ehem..oh pendapat baru ke ni..

Related Posts with Thumbnails