Monday, February 13, 2012

15,000 Guru Ijazah Tidak Naik Gred.



SEREMBAN - Hampir 15,000 guru yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah masih ternanti-nanti tawaran kenaikan ke gred DG41 walaupun sebahagian besar daripada mereka telah ditemu duga untuk tujuan berkenaan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, terdapat sebilangan daripada guru berijazah tersebut telah menunggu tawaran kenaikan itu hampir dua tahun.
Katanya, keadaan semakin membimbangkan ekoran semakin ramai guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah akan menamatkan pengajian setiap tahun.
"Kalau ia dibiarkan terlalu lama, kita tidak mahu akan timbul pula perasaan tidak puas hati kerana tiada maklum balas daripada kerajaan berhubung perkara ini.
"Mereka sudah menjalani temu duga dan sepatutnya ditawar ke gred tersebut tetapi sehingga kini, kami tidak tahu mengapa ia masih tidak dapat dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, peruntukan bagi menawarkan guru berkenaan ke gred yang lebih tinggi telah ada dan NUTP amat berharap tindakan segera diambil bagi menangani masalah tersebut.
Sumber: Kosmo online

6 comments:

KhaiRin : anies said...

sblm tu sy nk tau, rendah sgt ke gaji diorg sblm ni?

Shaiful Zaidi said...

@ KhaiRin : anies
gajinya OK ,tp gaji gred lama lebih rendah berbanding DG41....
mereka yg sambung belajar ke peringkat ijazah perlu diberi imbuhan yang setimpal dengan pengorbanan yg telah dibuat...

khairul said...

naya camtu

Mr.Clive said...

cabaran demi cabaran...haih...good luck to all of them...

Shaiful Zaidi said...

@ khairul
moga nasib mereka lebih baik...

mama aini said...

ehem kesian diaorg kan..tugas diaorng sgt berat, kerana dibahu mereka terpikul satu tanggung jawab utk mendidik, demi menentukan nasib & masa depan generasi akan datang..semuga tindakan akan segera di lakukan utk menyelesaikan masalah ini..

Related Posts with Thumbnails