Friday, January 20, 2012

Bersabung Nyawa Ke Sekolah.


SEORANG pelajar, Sofiah (depan) memegang kayu jambatan yang runtuh untuk menuju ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung semalam.


KAMPUNG SANGHIANG TANJUNG, Indonesia - Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir.
Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.
Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.
Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan.
Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.
Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir. - Agensi
Credit to: Kosmo online
SZ: Simpati, gusar dan kagum dengan kegigihan pelajar-pelajar ini mengharungi jambatan ini untuk menuntut ilmu.

2 comments:

mama aini said...

assalam en.shaiful..mama pun tumpang simpati ngan kanak2 terbabit..kesian diaorg..nasib kita lbh baik dr org2 disana..hu2x..

Yatie Awang said...

ya Allah, sampai gitu sekali...semoga mereka ini menjadi anak2 berjaya suatu hari nanti..kerana kesungguhan dan kegigihan mereka

bersyukur kehidupan kita lebih baik dari mereka

Related Posts with Thumbnails