Friday, December 23, 2011

Tahniah!


Assalamualaikum dan salam ceria...

Bertemu kita pada pagi Jumaat, saiyidul ayyam...

Alhamdulillah....seronok sangat bila melihat, membaca dan mendengar khabar kejayaan pelajar dalam PMR yang diumumkan semalam. Seramai 34, 271 calon mendapat semua A. Satu sejarah...

Pagi ini... terasa sangat gembira bila menonton berita BERNAMA, bila diumumkan seramai 26 pelajar Sek. Men. Keb. Taman Desa, Kuala Lumpur mendapat 7A. Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Saya pernah berkhidmat selama 6 tahun setengah di sekolah ini. Kenangan di sekolah ini memang banyak...

TAHNIAH kepada rakan-rakan di sana yang telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa.



2 comments:

mama aini said...

assalam..tahniah buat semua yg berjaya dlm PMR !!..wah en.shaiful pernah berkhidmat kat sekolah ni ya..

Shaiful said...

@mama aini
salam mama....mama tau ke kat ner?
dkt je dgn umah mama...hehehe. tp masa saya kat sana, saya belum ada blog...

Related Posts with Thumbnails