Tuesday, December 27, 2011

Keretapi Paling Laju.


Kereta api laju generasi baru China ini mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam. – REUTERS




KERETA api laju generasi baru siri CRH buatan China yang mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam menjalani ujian pertamanya di Qingdao, wilayah Shandong pada hujung minggu lalu.

Ia bakal menjadi kereta api paling laju di dunia.

Kereta api buatan syarikat CSR Corp. Ltd. itu mempunyai bentuk kepala menyerupai pedang purba China dan gerabaknya diperbuat daripada bahan plastik yang diperkuatkan dengan fiber karbon.

Ia mempunyai kuasa tarikan maksimum 22,800 kilowatt berbanding model CRH380 yang mempunyai kuasa tarikan 9,600 kilowatt. Pada masa ini kereta api berkelajuan tinggi CRH380 yang digunakan untuk laluan Beijing-Shanghai memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Credit to: Utusan online

SZ: Duk tunggu landasan keretapi berkembar siap. Bolehlah naik keretapi laju...

4 comments:

Yatie Awang said...

yatie belum pernah naik mana2 keretapi, yang lambat ke apatah lagi yang laju heheh

Apa kata kita

Shaiful said...

@ Yatie Awang
biasa naik komuter, LRT, monorel....tp ketapi yg pjg tu lu jugak...hehehe

mama aini said...

assalam..mama tak pernah naik walaupun komuter,LRT,monorel juga..hu2x..canggihnya teknologi china !!!

Shaiful said...

@mama aini
salam mama..
setiap hari teknologi semakin berkembang dgn pesat tak kira di mana shj..

Related Posts with Thumbnails