Saturday, December 3, 2011

Klon.


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semalam saya ke IPD Kuala Muda dan sebuah bank tempatan untuk melaporkan tentang beberapa transaksi yang meragukan dalam akaun kad kredit milik isteri. Sebenarnya sepanjang isteri saya memiliki kad tersebut, tak pernah sekalipun digunakan. Itu yang menghairankan kami, adakah kad itu telah diklon?

Hopefully pihak bank dan pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan segera coz ia melibatkan transaksi yang melebihi RM1000. Takkanlah kami nak kena bayar apa yang tidak kami belanjakan.

Sebenarnya, semasa bertugas di K.L dulu, kad kredit saya pernah diklon. Imbas kembali......saya ke Kuantan untuk menziarahi rakan dan menggunakan kad kredit untuk mengisi petrol di sana. Pada masa yang hampir sama satu transaksi yang sama turut berlaku di K.L. So pihak bank menghubungi saya dan block kad tersebut.

Nasib baik pihak bank dapat kesan....banyak juga transaksi lain yang telah dibuat. Tapi lega saya tak kena bayar.

Selepas kes ni selesai, rasanya nak terminate je kad kredit ni...

2 comments:

mama aini said...

assalam en.shaiful..sian wife en.shaiful..sebenarnya pernah terjadi kat `hb` bil yg meragukan dr penyata kad..call bank bank minta password ternyata berlainan no akhir kad tersebut..hb mama pun tak kena bayar kerana itu kad klon juga !!..skrg ni byk penipuan kad kredit kena berhati2!!..hu2x..

Shaiful Zaidi said...

@ mama aini
salam mama..
huhu....dah nak jd, nak wat camna...
seb baik hb mama tak kena bayar...
hopefully sama la, wife saya pun tak kena bayar..
betul mama kena hati2 skrg ni..

Related Posts with Thumbnails