Thursday, December 8, 2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga.


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72
Bentuk
Bulat berlekuk 9
Bulat
Bulat
Bulat
Sisi
Kosong
Kasar
Halus
Kosong
Warna
Kuning
Kuning
Putih
Putih





50 sen

Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka.


20 sen

Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia.


10 sen

Orang Asli Motif
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional.


5 sen

Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka.

Maklumat lanjut:http://www.bnm.gov.my

6 comments:

che mid said...

Alahai ... selama ni tengok no je..

mama aini said...

assalam en.shaiful..cantik syiling baru ni..thanks atas info ni..

KhaiRin said...

1 persoalan: bleh ke mesin slot terima duit ni? even guna duit negara lain (dr segi saiz i mean) x lepas..

Shaiful Zaidi said...

@ che mid
coz no tu yg penting....hehehe

Shaiful Zaidi said...

@mama aini
salam mama...mmm mmg cantik dan klasik..sama2

Shaiful Zaidi said...

@ KhaiRin

Maklumat mengenai ubah suai mesin wang tunai:

Encik Rozaiman Mansor +603 2698 8044 samb. 7307
Encik Razak Mat Sorip samb. 7415

http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/coins/00_overview_bm

Related Posts with Thumbnails