Monday, December 5, 2011

5 Penawar Marah.

 
1) Dengan segera mengingati Allah
Apabila kita berada dalam kemarahan, segeralah mengingati Allah s.w.t dan sedar akan keutamaan menahan marah sebagaiman frman Allah s.w.t dalam Surah Ali'Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan keampunan daripada tuhan kamu, dan mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan."

Sebuah hadis riwayat al-Tamizi dan Ibn Majah, daripada Mu'az bin Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan denganya mengikut kehendaknya."

2) Berlindung dengan Allah
Kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat marah kerana marah itu berasal dari syaitan. Allah s.w.t berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud: 
"Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui."

Riwayat Ibn Adi daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Jika seorang lelaki marah, lalu ia berkata: (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam) maka kemarahannya akan reda.

3) Berwuduk
Syaitan sentiasa akan berusaha menjadikan kita marah. Apabila kita marah mudah baginya untuk mengoda dan menyesatkan kita kerana waktu itu pertimbangan akal kita akan hilang
Sebuah hadis riwayat Ahmad Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya kemarahan itu berpunca daripada syaitan. Syaitan pula dicipta daripada api
Sesungguhnya Api hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."

4) Berdiam diri
Sekiranya anda sedang marah, sebaiknya anda diam. Sebagaimana SAbda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud:
"Jika seseorang daripada kamu marah, maka hendahlah dia diam.

5) Duduk dan baring
Sebuah hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad daripada Abu Zar bahawa pada waktu itu beliau sedang minum di kolahnya, lalu datang suatu kaum seraya berkata: " Siapa antara kamu yang berani menggangu Abu Zar dan mengambil beberapa helai rambut dikepalanya.?" Salah seorang berkata:  "Saya"

lalu orang itu datang mengeruhkan kolahnya dan memukulnya. Pada ketika itu Abu Zar yang sedang berdiri lalu duduk, kemudian berbaring. Beliau ditanya: "Wahai Abu Zar, mengapa kamu duduk kemudian berbaring?"

Dia menjawab: "Sesunggunnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami:  "Jika salah sorang antara kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk).
Jika tidak hendaklah ia berbaring."

Demikianlah sunah yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w kepada
umatnya.Wallahwaalam.
Sumber hadis: Solusi







3 comments:

mama aini said...

thanks en.shaiful shafe entry ni..hu2x..

mama aini said...

sori `share`..silap tulis..

Shaiful Zaidi said...

Salam mama...ok je. sama2...

Related Posts with Thumbnails