Tuesday, November 1, 2011

Bayi Ketujuh Bilion.


MANILA 31 Okt. - Filipina hari ini meraikan kelahiran seorang bayi yang menjadi simbolik penghuni ketujuh bilion dunia.


Dengan berat 2.5 kilogram, Danica May Camacho dilahirkan sejurus sebelum tengah malam tadi di Hospital Peringatan Jose Fabella di Manila dengan bilik bersalin dilaporkan dibanjiri jurugambar.


"Dia sangat comel. Saya tidak percaya dia menjadi penduduk dunia yang ketujuh bilion," kata ibunya, Camille Dalura selepas melahirkan bayi bertuah itu.

Bayi berkenaan adalah anak kedua kepada Dalura dan pasangannya, Florante Camacho.

Keluarga bayi berkenan turut menerima kunjungan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Filipina yang membawakan kek untuk bayi tersebut.

Terdapat juga hadiah daripada penderma tempatan termasuk pemberian biasiswa pelajaran kepada bayi itu dan pakej memulakan perniagaan kedai runcit untuk pasangan tersebut.

Turut hadir Lorrize Mae Guevarra, 12, rakyat Filipina yang diisytihar sebagai penduduk dunia keenam bilion pada 1999.
Danica May Camacho adalah seorang daripada beberapa bayi di seluruh dunia yang menjadi simbolik penduduk ketujuh bilion dunia.

Sementara itu, PBB tidak menetapkan secara rasmi berhubung 'pengiktirafan' kelahiran bayi ketujuh bilion dunia dan ia terbuka kepada mana-mana negara untuk mengisytiharkan kelahiran tersebut. - AFP

Credit to: Utusan online

3 comments:

MaMa AiNi said...

Tahniah buat pasangan dr Filipina ni !!..bertuahnya bayi ni dpt menjadi bayi yg ketujuh bilion..semuganya disponsor !!..

shaiful said...

@ MaMa AiNi
salam mama...ya sekalung tahniah kpd mereka.
ramainya manusia kat dunia skrg...

SURIA AMANDA said...

Malaysia xde lak istihar baby yang ntah ke baper kan?

Related Posts with Thumbnails