Tuesday, September 27, 2011

Sukan Lembu.


Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona


LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin.


BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibunuh di Catalonia kelmarin sebelum pengharaman sukan tersebut berkuat kuasa di arena Monumental, Barcelona.
Haiwan seberat 570 kilogram itu dibunuh oleh seorang matador berusia 28 tahun, Serafin Marin.


Para penonton seramai 18,000 orang menyaksikan majlis terakhir laga lembu jantan tersebut.
Sebahagian daripada mereka menjulang tiga matador yang mengambil bahagian dalam pertarungan dengan lembu jantan.
Larangan sukan tersebut akan bermula pada Januari tahun depan.
Parlimen Catalonia mengundi pada Julai 2010 untuk mengharamkan sukan tersebut.
Pengundian itu dibuat selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia mendapatkan 180,000 tandatangan bagi meminta sukan tersebut dibincangkan.
Para peminat sukan itu bergambar di arena tersebut sebagai kenangan.
"Adalah amat penting untuk datang ke sini hari ini," kata seorang peminat sukan itu, Juan Jose Cabedo.
Dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer untuk menyaksikan acara itu.
"Kami berasa sedih dan marah," katanya.
Namun, kira-kira 30 aktivis hak asasi haiwan meraikan penamatan acara laga lembu itu. - AFP

2 comments:

MaMa AiNi said...

assalam en.shaiful..bagus sukan lembu ni diharamkan !!..ini spt penganiayaan

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
SALAM MAMA...lembu-lembu kat sana boleh tidur nyenyak skrg...hehehe

Related Posts with Thumbnails