Thursday, September 15, 2011

Sejarah Menurut Pandangan Dr Asri.

Sekarang ini ramai orang bercakap tentang sejarah. Mudah-mudahan perkembangan memberi impaks positif kepada mata pelajaran Sejarah di sekolah. Mudah-mudahan generasi muda lebih menghayati sejarah dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sejarah.

Mungkin anda boleh menganalisis sendiri pandangan tentang Sejarah oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan kini bertugas sebagai pensyarah di USM. 




"Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya."

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

2 comments:

mama aini said...

assalam en.shaiful..sejarah?..masa sekolah dulu..mama tak minat sgt ngan subjek ni..hu2x..sejarah negara mama ambil tahu juga..

Shaiful Zaidi said...

salam mama...sejarah yg paling minat,mmg selalu score...tapi skg saya tak ajar sejarah..hehehe

Related Posts with Thumbnails