Thursday, September 1, 2011

Ops Sikap Aidilfitri 2011.


Gambar Hiasan

Ops Sikap: Motosikal terus catat jumlah kematian tertinggi

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Sejumlah 15 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap-24, berbanding 17 kematian pada hari ketujuh pada Isnin.
Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, kesemua kemalangan maut jalan raya semalam mencatatkan 15 kematian dengan kesemuanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.



“Jadi tiada rekod yang dicatatkan bagi jenis-jenis kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
“Jumlah kemalangan di seluruh negara pada hari kelapan semalam adalah sebanyak 980 kes,” katanya.
Sebanyak 4,291 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam menjadikan jumlah keseluruhan saman Ops Sikap-24 kepada 14,445. – Bernama

SZ: Malam tadi terserempak dengan satu kemalangan maut di pekan Simpang Empat semasa dalam perjalan ke Alor Setar, dipercayai turut melibatkan penunggang motosikal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails