Tuesday, September 13, 2011

Merisik Guna Parang.


Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Satu majlis merisik bertukar huru-hara apabila dua penjenayah bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam rumah dan menyamun wang tunai serta barang kemas dipakai anggota rombongan merisik, selain menetak dua daripada mereka yang cuba melawan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Gombak, dekat sini, dan nilai keseluruhan barang kemas serta wang tunai yang dilarikan dianggar RM50,000. 



Difahamkan, anggota rombongan merisik itu membabitkan ibu, bapa, abang dan kakak serta bakal pengantin lelaki berusia 20 hingga 50 tahun pergi ke rumah bakal pengantin wanita untuk merisik dan menetapkan tarikh perkahwinan 
Sumber polis berkata, ketika perbincangan keluarga kedua-dua pihak, dua lelaki berusia 30-an yang bersenjatakan parang meluru ke dalam rumah.


Menurutnya, dua penjenayah itu mengacukan parang dan mengarahkan semua mangsa menyerahkan wang tunai dan barang kemas dipakai.
“Bimbang dicederakan, keluarga kedua-dua bakal pengantin patuh arahan itu dan menyerahkan barang kemas seperti gelang, rantai dan subang kepada suspek.

Credit to: Metro online.

4 comments:

mama aini said...

assalam, mama simpati dengan mereka !!..penjenayah sekarang semakin berani & kurang ajar..hu2x..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
salam mama...penjenayah sekrg ni tak kira masa, tempat dan orang...asalkan mereka dpt apa yg mereka nak...huhuhu

Unknown said...

btol2 x selamat la tempat kita la ni

Shaiful Zaidi said...

@ khairul
yg penting kita kena sentiasa berhati-hati...

Related Posts with Thumbnails