Sunday, September 4, 2011

Gara-gara TV...


Wanita bersalin maut jururawat tengok TV

Mangsa sakit mahu lahir anak jatuh katil klinik 


OUAGADOUGOU: Penunjuk perasaan membakar wad bersalin di Burkina Faso selepas seorang wanita yang sepatutnya melahirkan anak sebaliknya meninggal dunia kerana jururawat asyik menonton televisyen, memaksa kerajaan negara Afrika Barat itu berjanji untuk mengambil tindakan.


Mangsa yang hamil anak kembar, meninggal dunia Rabu lalu di klinik di bandar terpencil Bobo-Dioulasso selepas mengharungi azab sakit bersalin, kata suaminya, Adama Traore.


Ia adalah kejadian terbaru kematian wanita hamil di wad bersalin di negara itu. Traore, yang bercakap kepada wartawan menerusi telefon kelmarin, berkata dia membawa isterinya ke wad berkenaan 24 jam sebelum itu. 



Jururawat meninggalkan isterinya seorang diri dalam bilik bersalin dan terus menonton televisyen, membiarkan mangsa menanggung kesakitan hingga maut. 


“Saya merayu mereka membantu isteri saya bersalin tetapi mereka suruh saya pulang,” kata Traore. 



Akur kepada tradisi Afrika Barat, yang tidak membenarkan lelaki masuk campur dalam kelahiran anak, Traore, meninggalkan hospital. 
Dia menerima panggilan kecemasan keesokannya daripada seorang saudara perempuan yang menemani isterinya dan bergegas ke wad. Kematian isteri Traore dan anak kembarnya mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang membakar wad itu. 



Seorang lagi wanita yang ditemubual oleh radio kebangsaan kelmarin berkata dia kehilangan anaknya yang berusia tujuh bulan di wad bersalin sama. 



Julai lalu, seorang lagi wanita hamil terkena kejutan elektrik di sebuah wad bersalin di pinggir ibu kota, Ouagadougou, yang mencetuskan bantahan. 



Di sebalik subsidi kerajaan untuk mengurangkan kematian ketika bersalin, kadar kematian masih lagi antara yang tertinggi di dunia pada 307 setiap 100,000 kelahiran atau 2,000 kematian setiap tahun, menurut statistik rasmi. 



Kelmarin, delegasi ahli perundangan diketuai Menteri Dalam Negeri, Jerome Bougouma, melawat keluarga Traore. 



“Disebabkan kelalaian menjadi punca kematian, pasti ada tindakan,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dr Souleymane Sanou. 



Traore berkata, dia tahu sebelum meletakkan motosikalnya Rabu lalu yang dia tidak sepatutnya meninggalkan hospital.



“Apabila sampai dan meletak motosikal, daripada wajah mereka saya tahu sesuatu yang tragik berlaku. Saya dapati isteri saya terbaring, sudah meninggal dunia di lantai. 



“Jururawat langsung tidak mengangkatnya. Pada saat akhir, isteri saya merintih kesakitan dan terjatuh daripada katil,” katanya. – AP


Credit to: Berita Harian online

6 comments:

MaMa AiNi said...

mcm2 hal yg berlaku..hu2x...kat malaysia ni syukur jururawat masih berdisiplin dan menjaga kebajikan pesakit..

Shaiful Zaidi said...

@ MaMa AiNi
hopefully kes2 mcm ni tak berlaku di negara kita...
jururawat kita terlatih dan sedia membantu..

hafrawiey ozakawa said...

wahh...so far...most of nurse are good n strict..i dun think so if they are annoying our country kan???

follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Shaiful Zaidi said...

@ hafrawiey ozakawa
thanks for your opinion..

follow u back..

iyan shazlind said...

siannya...:(

Shaiful Zaidi said...

@iyan shazlind
ya..kasihan kat wanita tu dan keluarganya...

Related Posts with Thumbnails