Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama saya tak dapat menulis entri...3 hari dua malam, saya mengikuti Kem Kesedaran Taman Laut di Pulau Payar. Hari ini saya mc coz kurang sihat..telinga masih berdesing akibat termasuk air laut semasa snorkeling..
Kem ini dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani. Saya dan seorang lagi rakan menjadi peserta jemputan. Selain pelajar IPGSAH, beberapa orang pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun turut sama terlibat.
Pulau Payar memang cantik dan kaya dengan pelbagai hidupan akuatik dan daratan. Ia memang 'syurga' bagi penggemar aktiviti snorkeling.
Seronok dapat lihat dan pegang ikan yang makan roti yang kita beri. Cuma....di sini, bekalan air bersih dan elektrik adalah terhad. Tandasnya juga perlu diselenggara. Line telefon pun susah nak dapat....hanya di lokasi-lokasi tertentu sahaja.
Apapun, berkunjung ke sini memang best...satu pengalaman baru yang sukar dilupakan khususnya melihat keindahan alam dan keunikan flora dan fauna yang ada di sini.
|
Pemandangan awal pagi. |
|
Tiba di Pulau Payar. |
|
Langkawi Coral |
|
Matahari terbit. |
|
Bersama rakan-rakan. |
|
Makan beramai-ramai. |
|
Lukisan mural. |
|
Pulau Payar |
|
Pemandangan dari puncak pulau. |
|
Aktiviti snorkeling. |
|
Dari permukaan air laut. |
|
Ikan Yu |
|
Ikan diberi makan roti. |
6 comments:
salam en :Shaiful...selamat berblogging kembali..he2x..memang cantik pemandangan kat pulau Payar tu...insyaallah jika ada kesempatan mama ingin berkunjungan kesana..
@ MaMa AiNi
tima aksih akak...rinduu sgt blogging...dah 3 hari x dpt post entri....moga2 akak akan ke P.Payar lagi.. hehehe.
Assalamualaikum En Shaiful,
cantiknya pemandangan kat Pulau Payar tu...aritu akak pergi Langkawi..alang2 dah ke Kedah, tu yg pergi Langkawi sekali....damai je bila kat sana....
@ Yatie
Salam kak Yatie...mmm mmg cantik pemnadangan di situ..baguslah akak, Langkawi mmg pilihan yg tepat...tenang dan damai. Pulau Payar juga salah satu kepulauan di Pulau Langkawi..
wah best tu...mama pun bru abis handle camping bdk2 pandu puteri tunas daerah jasin...nanti leh wat kat pulau payar tu ek...nice view
@tunz
salam mama... kalau nak buat kem di sini eloklah berhubung dgn Jab. Tmn Laut dulu...mmg nice Pulau Payar ni..
Post a Comment