Sunday, May 15, 2011

Ganu Chopper.

Ganu Chopper
Baru-baru ini, sekumpulan pelajar yang mengikuti jurusan Kejuruteraan Jentera Loji Mekanikal di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang  telah berjaya menghasilkan 'Ganu Chopper' sebagai satu daripada projek tugasan mereka.


Penyelia projek, Kamil Sahidin yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berkata, projek itu adalah tugasan tahun akhir sekumpulan lima pelajar. Katanya, pelajar menyediakan satu pelan kerja mengubahsuai bentuk sebuah motosikal jenis Honda 70 CC dan membuat reka bentuk baru pada strukturnya dalam usaha menerapkan ciri 'sport' pada motosikal itu.



"Saya sangat bangga dengan keupayaan pelajar yang komited terhadap projek ini dan menunjukkan daya kreativiti tinggi.

"Yang penting, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu kejuruteraan mekanikal selama ini menerusi penghasilan wajah baru jentera itu," katanya.


Projek diberi nama 'Perai Alein' itu diketuai Mohd Fakhari Syuwari Mat Ghani, 21, anak muda yang berasal dari Setiu, Terengganu.



SZ: Tahniah kepada anak-anak tempatan yang kreatif dan inovatif. 

2 comments:

Anonymous said...

ganu hebat!!

Shaiful Zaidi said...

@srikandi cinta
awak org T'ganu kE?

Related Posts with Thumbnails