Tuesday, March 29, 2011

ALANGKAH BESTNYA BILA BINI SEORANG CIKGU

1. Hidup berjadual ; 
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur  ( Periodic Table). Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.30 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Kelas bermula.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
3.00 petang : Balik rumah ( kalau tiada kelas tambahan, mesyuarat atau aktiviti sekolah )

Ini cuma jadual umum. Yang khususnya mungkin tak sama antara satu sama lain. Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah.

 2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen ;

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa atau penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan ( tapi janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula ! ) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan.

Pernah dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala social ? Mana ada ! Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu mestilah komited membimbing modal insan ini.

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa ? Kata orang indonesia, JABLAI ( jarang dibelai - jangan marah para isteri sekalian, hehehehe ).Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Kan ?!

3. Tidak boleh menipu ; 
 Nak bagi markah, ada skema jawapan.
 Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
 Nak tanda kertas, ada garis panduan.
 Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
 Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
 Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
 Jadi, bila boleh nak menipunya?

4. Terapi melepaskan tekanan ;

Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan. Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan ( stress management workshop). Selalunya ada, buat kat hotel lagi. Cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti sukan, iring pelajar, berkhemah dan sebagainya sudah lama dilakukan guru-guru (yang tidak malas!).,Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Kan elok untuk melepaskan tekanan kerja. Boleh beraktiviti bersama suami sekali kan? Barulah suami tahu tugas isteri dan lebih memahami lantas menyayanginya.
Pukul budak-budak di sekolah ? Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan tu. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari ; 

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. Hatta makcik kat kampung yang nak jaga anak pun tanya. Puan kerja apa ? Kalau cikgu nak lah saya jaga anak puan. Kan ? Ini cerita betul tau.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus ! Sila minta hospital yang dekat sini.
 Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Hang nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh ? Awat  tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh ! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi hang.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
 Aku : Awat?
Bakal doktor : Sebab kau nanti cuti sekolah pun selalu bawa budak, aktiviti luar sana sini ( ketawa ).

6. Penampilan ; 
Ini sengaja aku tambah sebab sekarang ni orang bercakap pasal rupa dan gaya. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada ratusan, malahan ribuan pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu. Kan ?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Budak-budak yang suka, akan puji - " Cikgu lawa gila hari ini ! ". Kena pula yang puji tu anak murid sekolah rendah. Depa ni akan cakap terus-terang tanpa selindung. Jujur lagi ikhlas. Nak ke depa kata, “ Awat cikgu hari ni macam kak limah balik rumah ? ”. Almaklumlah, hati masih suci lagi. Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Baju cikgu pula kena berlainan setiap hari. Kerana anak murid akan perasan dan menegurnya. Nak ke depa Tanya, “ Bukankah baju ni cikgu dah pakai minggu lepas ? ”.

Apapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Sejujurnya, kerja apa pun tak kisah, asalkan halaalan toyyiba. Bukan saja halal tau. Tetapi bersih, elok dan mempu pula memperelokkan diri serta orang lain. Aku tulis pasai cikgu ni bukan apa…..pasai bini aku cikgu la…..KALAU BUKAN AKU YANG PUJI BINI AKU, SAPA LAGI ? wakakakakakaka………..


Dipetik daripada Fb Saudara Ikram Abdullah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails