Friday, December 3, 2010

Uban.


Suatu hari seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun terkejut melihat ada beberapa helai uban di celah-celah rambutnya.

Dalam keadaan hairan kanak-kanak itu bertanya   : "Mak...   kenapa ada uban atas kepala emak ?".
 
Jawab emaknya,"Memanglah begitu.. setiap kali anak-anak melukakan hati emaknya, sehelai rambut emak akan berubah menjadi warna putih. Kalau banyak rambut emak yang putih, itu tandanya kamu banyak melawan cakap emak selama ini."

Kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa itu berkerut-kerut mukanya memikirkan sesuatu.
  
Dia kemudiannya bersuara perlahan :"Kalau macam tu, emak lagi banyak melawan cakap opah....!"

1 comment:

akuanakpahang (AAP) said...

Moralnya budak zaman sekarang tak boleh cakap benda yang bukan2 :) Entri Terbaru "Kemanisan dalam Kehidupan"

Related Posts with Thumbnails