Foto-foto ini saya telah rakam semasa melalui kawasan pinggiran pekan Gurun pagi tadi. Rupanya seolah-olah letusan bom nuklear. Pagi-pagi lagi alam sudah dicemari oleh gas-gas yang berbahaya kepada manusia dan hidupan lain.
Gas-gas terbebas ini mungkin mengandungi karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida serta gas-gas beracun lain. Gas-gas yang saya nyatakan ini apabila bergabung dengan molekul air ia boleh membentuk hujan asid dan kesan rumah hijau di kawasan bandar.
Pembuangan gas-gas ini sama ada melalui aktiviti pembakaran terbuka atau industri perlu dikawal kerana ia boleh memberi kesan yang amat buruk kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia, flora dan fauna.
No comments:
Post a Comment