Monday, December 13, 2010

Cuti Sek = Musim Kahwin???


Setiap kali musim cuti sekolah, maka banyaklah majlis perkahwinan diadakan. Pada 11 Dis. 2010 yang lalu, saya menerima 6 kad jemputan ke majlis perkahwinan. Saya percaya ada di antara anda yang menerima jemputan lebih daripada saya.

Hujung minggu ini pun ada kenduri lagi. Minggu depan pun ada...Selagi cuti sekolah belum tamat, maka majlis-majlis perkahwinan akan terus diadakan.Memang wajar, kenduri diadakan pada musim cuti kerana ia membolehkan lebih ramai sanak saudara menghadiri majlis tersebut.

Walau bagaimanapun, oleh kerana kekangan tertentu kita tak dapat hadir pada majlis yang diadakan pada hari yang sama.

No comments:

Related Posts with Thumbnails