Thursday, December 9, 2010

Buku Paling Mahal.

Antara lukisan yang terdapat pada buku termahal di dunia yang dilelong kelmarin.

LONDON - Sebuah buku dilelong malam kelmarin pada harga £7.3 juta (RM36.23 juta) yang merupakan paling mahal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Buku yang dihasilkan pada abad ke-19 itu merupakan naskhah John James Audubon berjudul Bird of America.
Ia dilelong oleh Rumah Lelongan Sotheby's manakala identiti pembelinya tidak diumumkan.
Buku itu mengandungi 435 lukisan tangan yang berwarna dan dianggap sebagai koleksi penting hidupan liar Amerika Syarikat.
Audubon menghasilkan buku yang berukuran 90 sentimeter kali 60 sentimeter kerana dia mahu melukis hidupan liar dalam bentuk saiz sebenar. - Agensi

Sumber: KOSMO online

No comments:

Related Posts with Thumbnails