Friday, November 19, 2010

Rahsia Berwuduk Dari Sudut Kesihatan Manusia


Kompilasi kajian yang dijalankan oleh pakar sains dunia dapat diringkaskan seperti berikut.
  1. Pakar Urat Saraf / neurologist telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
  2. Menurut ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
  3. Apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. 
  4. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). 
  5. Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untukmengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
  6. Berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

4 comments:

Myra Jay said...

info yg berguna. antara klebihan2 berwudhu. banyak yang Allah SWT bg klebihan pada umat islam tp kita x sedar. hu hu

akuanakpahang (AAP) said...

Terima kasih berkongsi info yang baik sesugguhnya apa jua kebaikan yang dittpkan oleh Allah ttp ada hikmahnya yang tersendiri.

Shaiful Zaidi said...

to Myra Jay:setiap yg Allah suruh dan Allah larang ada hikmahnya...wallahualam.

Shaiful Zaidi said...

to AAP:info ini utk panduan bersama...

Related Posts with Thumbnails