Pagi ini aku telah pergi ke pasar Taman Ria untuk membeli barangan untuk menyediakan juadah Aidil Adha.Memang ramai orang kat pasar. So..bila nak beli daging kena beratur, nak beli ayam kena beratur dan nak beli santan pun kena beratur. Memang lama jugak menunggu baru kita dapat apa yang kita nak..Untuk membeli santan, terpaksa berbaris terlalu panjang. Aku ambil keputusan untuk balik dulu ke rumah. Lebih kurang pukul 10.00 aku pergi ke pasar sekali lagi hanya untuk membeli santan, tapi kali ini di Sg. Layar. Orang taklah ramai sangat...Aku amat tertarik dengan sistem yang digunakan...terpaksa ambil nombor. OKla tu....tengoklah ..No berapa yang aku dapat.... Aku rasa sistem ini lebih baik kerana 'masa beratur' tu, boleh aku gunakan untuk urusan lain....
No. giliran yang aku dapat.
Makcik ni sibuk melayan pelanggan.
Pekerja sedang sibuk memerah santan.
4 comments:
Pasaraya sibuk bila dah nak raya..bagus sistem nombor tu ya..
uii..siap ada no. giliran..bagus tol.. (^___^)
to Nancy Poh: sistem no. bagus, tp rasanya x berapa sesuai di pasaraya...
to Cik Moon: kreatif jugak Makcik yg meniaga santan tu...
Post a Comment