Friday, November 5, 2010

HIDUP TANPA WANITA



>Jangan katakan lelaki  biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.  Tanpa
>mereka, hati,  fikiran dan perasaan lelaki akan resah.  Masih mencari
>walaupun  sudah ada segala-galanya.  Apa lagi yang tidak ada di syurga,
>namun
>Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa
>
>Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau  puteri.  Dijadikan
>mereka
>dari tulang rusuk yang bengkok  untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau
>lelaki sendiri yang tak  lurus,  tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
>Tak
>lojik  kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang  lurus.
>
>Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana  mereka dicipta
>sebegitu rupa oleh Mereka. Didiklah mereka dengan panduan  dariNya .
>
>JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA  SEMAKIN LIAR.
JANGAN
>HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA  SEMAKIN MENDERITA .
>
>Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan  masalah. Kenalkan mereka
kepada
>Allah, zat yang kekal, itulah  suisnya.
>
>AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI  SEPARUH KACA, KUATKAN
>DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH  DENGAN AKHLAK.
>
>Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan  nampak nilaian dan
>keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati  mereka, walaupun tidak
>jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri  negara ataupun women
>gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa  kelembutan bukan suatu
>kelemahan.  Itu bukan diskriminasi  Tuhan.  Sebaliknya disitulah kasih
>sayang
>Tuhan, kerana  rahim wanita yang  lembut itulah yang mengandungkan
>lelaki-lelaki  waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.
>
>Tidak  akan lahir superman tanpa superwoman.  Wanita yang lupa  hakikat
>kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.   Tanpa ilmu,
iman
>dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan  bahkan mereka pula
>membengkokkan.
>
>LEBIH RAMAI LELAKI YANG  DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG
>DIROSAKKAN OLEH LELAKI.  SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
>SEPANDAI-PANDAI  LELAKI.
>
>Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka  tidak akan
kenal
>diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.  Kini  bukan saja ramai boss
>telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan  kehilangan ibu, suami
>kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan  puteri.
>
>Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara.  Bila  tulang rusuk patah,
>rosaklah
>jantung, hati dan limpa.  Para  lelaki pula jangan hanya mengharap
ketaatan
>tetapi binalah  kepimpinan.  Pastikan sebelum memimpin wanita menuju
Allah,
>PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.
>
>Jinakkan  diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah
>pimpinan  kita .
>
>JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU  PERIBADI BELUM LAGI
>SEPERTI SAYIDINA  ALI.
>

No comments:

Related Posts with Thumbnails