Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salleh masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salleh...Salleh...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salleh: Alah mak... Salleh tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salleh berikan emak dua sebab mengapa Salleh tidak mahu ke sekolah.
Salleh: Semua murid-murid tidak suka Salleh. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salleh!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salleh untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salleh: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salleh dua sebab mengapa Salleh mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salleh dengar baik-baik, pertama Salleh sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salleh GURU BESAR!!!
SZ: Selamat bercuti kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
No comments:
Post a Comment