Saturday, November 6, 2010

Al-Fatihah Buat Pak Lang Din

Al-Fatihah

Arwah Pak Lang Din (kiri) bersama menantunya Abg Razak (Pengetua SMK Tunku Putera, Baling)


Pada hari Khamis yang lalu, saya bersama sanak saudara dari Kedah ingin menziarahi jenazah Pak Lang Din di Sg. Berembang, Kuala Perlis. Walau bagaimanapun kami, terpaksa berpatah balik kerana banjir besar telah berlaku dan menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk berhampiran pekan Kuala Sungai.


Kami bertindak demikian setelah mendapati beberapa buah kereta tersadai kerana mengalami kerosakan enjin. Selain itu, anggota keselamatan juga sedang memindahkan bot untuk kerja-kerja menyelamat.


Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails