Monday, October 18, 2010

Lokasi Tanah Runtuh di Sg Lalang.

Inilah lokasi tanah runtuh di Taman Bandar Baru Sg. Lalang, Sg. Petani seperti yang dilaporkan oleh media massa, beberapa minggu yang lalu. Saya yang kebetulan pergi ke pasar malam di kawasan perumahan tersebut pada hari Khamis lepas, sempat meninjau apa yang sebenarnya berlaku.


Lokasi tanah runtuh tersebut yang dikatakan menyerupai 'wajah' tertentu (untuk gambaran yang lebih jelas sila klik 2x pada foto) telah menjadi tempat kaki judi dan lokasi pemujaan. Saya dapat melihat beberapa kuntum bunga diletakkan di kawasan tersebut. Juga terdapat angka-angka yang ditulis pada simen di kaki bukit itu.


Lokasi tersebut terletak lebih kurang 200m dari Surau Nurul Ehsan. Memang tidak elok kalau lokasi tersebut dijadikan tempat berleluasanya amalan khurafat. Sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan segera agar kawasan itu dibersihkan daripada amalan khurafat.

Kalau pun ada 'wajah' yang menyerupai sesuatu di lokasi tersebut, ia jelas menunjukkan kekuasaan Allah. Allah Maha Berkuasa mencipta apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Elaklah amalan khurafat yang menyesatkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails