Saturday, October 30, 2010

Lambaian Kaabah

Salam...
Alhamdulillah, aku baru tiba dari Kuala Lumpur. Semalam aku telah menghantar abah dan mama ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk urusan haji. Abah dan mama sangat bertuah kerana telah berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Tuan Imam mengiringi abah dan mama ke kereta.

Sanak saudara dan jiran tetangga datang untuk mengucapkan selamat jalan.

Abah dan mama telah memakai pakaian ihram.

Abah dan mama menuju ke laluan pemeriksaan.

Pemeriksaan bagasi sedang dijalankan.

Alhamdulillah, abah dan mama telah tiba di Jeddah melalui penerbangan KT 70 pada pukul 11.00 pg tadi waktu Malaysia. Semoga abah dan mama mendapat haji yang mabrur.

No comments:

Related Posts with Thumbnails