Wednesday, October 20, 2010

Kari Itik di Restoran Bersila

Hari ini kali pertama dalam hidup saya, saya makan itik....kari itik. Tadi, saya bersama beberapa orang rakan telah ke sebuah restoran yang terletak tidak jauh daripada pekan Yan Kechil, Kedah. Restoran ini taklah besar sangat, tapi menyajikan banyak menu. Antaranya kari sotong, ketam, ikan dan yang paling istimewa kari itik. Kalau sebut itik sahaja, memang saya tak lalu nak makan. Tapi apabila try sekali, nak lagi...Memang sedap rasanya. Sesiapa yang nak makan sambil bersila pun boleh, kerana restoran ini menyediakan tempat makan ala-ala Jepun. Kalau anda ada nak ke Yan, singgahlah di restoran ini.

Tinggal kuah kari jer..

Tn. Zul belanja kami makan kari itik.

Restoran kari itik.


Rakan-rakan.

Alhamdulillah, saya baru selesai makan.

2 comments:

Arai Utan Ujan said...

mungkin hari khamis nih nk singgah restorenBersila nih. senang ke cari di pekan yan kechil nnt? kami dari kuala kedah ke yan mlalui jalan dalam, insyaAllah

Shaiful Zaidi said...

salam azraiasari...maaf lewat post coment.
senang je...restoran ni di tepi jalan antara pekan Yan dgn Guar Cempedak.

Related Posts with Thumbnails