Thursday, August 12, 2010

Bazar Ramadhan

Salam Ramadhan
Alhamdulillah semalam kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa. Hari ini hari kedua kita berpuasa. InsyaAllah, semoga kita akan berjaya seperti semalam.

Seperti kelaziman, pada tiap-tiap tahun apabila tiba Ramadhan, maka gerai-gerai yang lebih dikenali sebagai 'Bazar Ramadhan' muncul di merata tempat bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Petang semalam, saya berkesempatan mengunjungi Bazar Ramadhan Taman Ria. Ia antara Bazar Ramadhan yang terbesar/terpanjang yang terdapat di Sg. Petani. Ia juga menjadi lokasi wajib pada saya pada setiap tahun kerana terdapat pelbagai jenis juadah di sana.

Apabila terlalu ramai orang berkunjung ke sini, masalah yang paling utama ialah di mana nak parking. Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk meletak kenderaan. Kalau nak senang kena mai dengan motor la..

Bazarnya agak panjang, sampai penat la kita berjalan dan macam-macam makanan dijual sampai pening kepala nak pilih yang mana...


Abang ni tengah dok golek ayam.... pelanggan-pelanggan tengah dok tunggu...



Mainan pun djual. Ni kalau sapa-sapa bawa anak sampai sini, mesti ada yang tak mau jalan punya selagi tak dibeli mainan tu.


Sesak sungguh lorong antara gerai-gerai ni coz terlalu ramai manusia. Kira-kira 1Malaysia la. Orang ramai pelbagai kaum mengambil kesempatan membeli juadah yang susah nak dapat pada bulan-bulan lain.

Itulah berkatnya bulan Ramadhan ni. Ramai peniaga atau peniaga sambilan dapat mengumpul 'duit raya' pada bulan ini. Tapi janganlah dilupa amal ibadah yang lebih utama.

SZ: Petang nanti belum tau Bazar Ramadhan mana pula nak disinggah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails