Friday, July 9, 2010

Sotong 'Paul' Vs Burung 'Mani'

Paul

Foto di atas aku baru download drp Fb..... Ait macammana sotong 'Paul' ni boleh pilih Malaysia?? Hairan-hairan aku dibuatnya...Menurut laporan media, Paul dah 6 kali buat tilikan yang tepat. Tadi dalam Buletin Utama aku dengar ada seekor lagi binatang ... burung. Namanya 'Mani' ..turut digunakan untuk meramal keputusan Piala Dunia.

Mani

Aku heran dalam zaman yang serba canggih ni, ada manusia yang 'berakal' masih percayakan ramalan binatang yang tidak berakal. Kalaupun tilikan yang dibuat oleh binatang ini tepat.....sebenarnya ia hanya kebetulan sahaja.

Bola itu bulat.... pasukan mana yang berlatih dengan gigih dan bermain dengan kemahiran dan semangat juang yang tinggi.... insyaAllah mereka pasti menang. Kita tengoklah nanti perang antara 'Paul' dengan 'Mani'.

No comments:

Related Posts with Thumbnails