Monday, July 26, 2010

Karenah BIROKRASI


Pagi tadi aku telah berurusan dengan perkhidmatan kaunter di sebuah agensi. Tidak perlulah aku nyatakan di mana...Ketika aku sampai di situ, aku dapati tiada petugas di kaunter terbabit. Bila aku jenguk ke dalam bahagian kaunter, rupa-rupanya seorang pekerja sedang bersandar di atas kerusi dan dia tidak perasan kehadiranku. Setelah dipanggil oleh rakannya barulah dia tersedar.

Aku pun memberitahunya bahawa aku ingin membuat satu 'urusan'. Dia menyatakannya kepada aku urusan tersebut hanya boleh dibuat pada bulan Ogos. Aku pun memberitahunya bahawa aku tidak dapat datang pada bulan Ogos kerana aku bekerja. Sekarang ini aku sedang bercuti.. Kalau aku hitung, hanya tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan Ogos. Aku pun bertanya kepada "Tak bolehkah urusan tersebut dibuat sekarang?". Dia buat muka selamba ja.... macam tak nak layan aku. Itu yang buat aku bengang... Lepas tu aku 'belah'.....

Dalam fikiran aku, aku teringat apa yang aku belajar dulu tentang Teori Max Weber mengenai 'BIROKRASI'. Urusan yang mudah sengaja disusahkan. Hari ini aku datang berurusan dengan berpakaian biasa, t-shirt berkolar. Kalau aku datang dengan berpakaian lengkap dengan tali leher, mungkin aku dilayan dengan lebih baik. Aku sudah biasa dengan berurusan dengan perkhidmatan kaunter. Kadang-kadang, walaupun urusan tak dapat diselesaikan tapi hati aku puas kerana cara perkhidmatan yang mesra pelanggan dikendalikan. Kurangkanlah karenah BIROKRASI.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails