Wednesday, July 14, 2010

Berita Kampus

Ketika mengemas rak buku, aku terjumpa sesuatu yang sangat istimewa iaitu senaskah surat khabar Berita Kampus USM. Ia mengimbau kembali kenangan aku sewaktu belajar di USM dahulu. Berita Kampus ini dihasilkan oleh pelajar jurusan Komunikasi dan dijual kepada pelajar-pelajar di dalam kampus induk USM di Minden, Pulau Pinang. Berita Kampus ini bertarikh 18 Ogos 1999. Ketika itu aku berada di tahun akhir pengajian Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.

Muka depan Berita Kampus

Memanah merupakan acara yang paling aku gemari.

No comments:

Related Posts with Thumbnails