Friday, June 11, 2010

WORLD CUP 2010


Entri aku hari ni pasai bola sepak Piala Dunia yang bermula hari ini sehingga 11 Julai 2010. Sebenarnya aku sendiri tak ikut sangat perkembangan bola sepak antarabangsa. Kalau pasai bola sepak tempatan, selalu juga aku menonton perlawanan dalam TV. Melalui media, aku dapat tahu tahun ini Afrika Selatan dipilih sebagai tuan rumah untuk mengendalikan acara yang berprestij ini. Sebanyak 32 pasukan telah layak bertanding untuk kejohanan itu iaitu yang negara yang bertanda biru pada peta dunia. Malam ini, perlawanan pembukaan akan berlangsung pada pukul 8.30 mlm antara Afrika Selatan dengan Mexico. Sama-samalah kita saksikan kelincahan pemain-pemain kedua-dua pasukan. Agaknya....Bilakah Malaysia akan tersenarai dalam senarai kelayakan ke Piala Dunia? Mungkin suatu hari nanti negara kita bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia.....

Related Posts with Thumbnails