Rumah Titian Kasih
Salam...ini entri aku yang keempat tentang Rumah Titian Kasih (RTK). Aku amat bersimpati dengan nasib penghuni RTK yang terpaksa berpindah mulai 1 Julai ini ekoran perintah mahkamah. Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ini melaporkan bahawa penghuni RTK yang terdiri daripada warga emas, OKU dan bayi malang terpaksa mengosongkan premis mereka jika tiada pihak yang membantu mereka.
Abu Sufian salah seorang penghuni RTK
Walaupun kini aku berada jauh di utara, namun RTK amat dekat di hati aku. Aku menulis untuk menyedarkan masyarakat dan merayu masyarakat agar membantu RTK.
OKU
Aku pernah melihat sendiri keadaan penghuni RTK. Walaupun ada pihak yang membantu mereka sebelum ini, tetapi kebanyakannya lebih bernilai komersial. Bukannya dibantu dengan ikhlas seperti yang dijanjikan, tetapi lebih kepada mencari publisiti murahan.
Bantulah mereka!
1 comment:
Aku kesal dengan komen sms yg diterima oleh Utusan Malaysia yg menyatakan Kak Pah menggunakan media dan penghuni RTK utk kepentingan peribadi. Sebenarnya Kak Pah bukan begitu. Kak Pah dan isu RTK digunakan oleh individu/kumpulan berkepentingan dengan bantuan media utk kepentingan mereka.
Post a Comment