Friday, June 18, 2010

Riadah di Taman Jubli S.P








Petang semalam, saya bersama keluarga berkunjung ke Taman Jubli Sg. Petani untuk beriadah. Almaklumlah cuti ni tak berjalan jauh, cuma melawat kawasan berhampiran sahaja.

Taman Jubli merupakan satu tempat yang menarik untuk dikunjungi khususnya untuk beriadah bersama keluarga. Ia terletak berhampiran dengan pusat bandar dan dilitupi dengan banyak pokok-pokok besar dan lanskap yang menarik.

Di sini juga terdapat banyak haiwan yang dipelihara dalam sangkar. Antaranya ialah rusa, arnab, burung helang, ayam belanda dan lain-lain. Ia amat menarik terutamanya kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melihat haiwan liar di dalam mini zoo yang disediakan.

Taman ini juga dilengkapi dengan alat-alat permainan untuk kanak-kanak. Jika anda ingin ber'joging'...memang ia tempat yang paling sesuai. Cuma satu perkara yang kurang menyenangkan.... taman ini menjadi tempat remaja untuk ber'dating'. Sedih melihatnya...kebanyakannya remaja Melayu yang mungkin masih bersekolah. Harap pihak-pihak berwajib mengambil tindakan segera.

No comments:

Related Posts with Thumbnails