Saturday, June 26, 2010

BULI


Dah lama kita tak dengar cerita tentang kejadian buli di sekolah. Tiba-tiba, kelmarin seorang pelajar Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja, Sg. Besi telah meninggal dunia dipercayai akibat dibuli. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 yang berasal dari Baling, Kedah. Semalam, lima orang pelajar Tingkatan 5 yang dipercayai telah membulinya telah ditahan polis.

Apakah yang dimaksudkan dengan buli?
Menurut Wikipedia: Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Nasihat saya kepada pelajar-pelajar khususnya yang tinggal di asrama, janganlah kita buli kawan-kawan, nanti kita kena buli balik! Belajarlah bersungguh-sungguh dan amalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

*ANTI BULI

No comments:

Related Posts with Thumbnails